Translate

Selasa, 22 November 2016

Projek 2016

Projek 2016
Alhamdulilah..akhirnya impian aku untuk mempunyai reban breeding seperti kawan-kawan lain akhirnya tercapai.Dari zaman sekolah rendah lagi aku telah membela ayam baka baik atau dikenali sebagai ayam sabung.sekarang sudah lebih 15 tahun dalam perternakan ayam sabung.Baru sekarang mempunyai rezeki untuk membina reban yang seperti ini.Walaupun kos pembinaan sehingga ribuan ringgit tapi demi mencapai hajat yang terpendam hati nie berkeras juga untuk meneruskannya..Mungkin reban nie akan dinaiktaraf dari masa ke semasa mengikut kewangan aku.hehe.Terima kasih banyak2 pada family sebab faham dan sanggup berkongsi hobi ini dengan aku...tampa diorang mungkin sampai sekarang aku masih lagi tidak dapat capai apa yang aku ada sekarang."kita tak kaya,tapi hobi kita terlalu berharga..".terima kasih kepada anda semua kerana memberi kepercayaan anda kepada benih dari kami..kami akan terus breed untuk menghasilkan benih-benih yang terbaik di dunia kaichon Malay dari pelbagai benih dan baka. Buat masa sekarang kami masih lagi menyimpan beberapa ekor fighter dari darah yang berlainan untuk dicross breed dengan benih induk yang berkualiti dari benih kami. Benih Ganoi pula kami akan naik taraf bnih kami untuk menghasilkan pure ganoi klasik yang berkualiti untuk anda semua..diharap semua berjalan lancar seperti yang dirancang..

Dalam pembikinan
Reban Besar

Reban breding no 2


Selesai proses naik bata

Belakang reban pokok limau elok untuk mengelakkan penyakit pada ayam

Kebersihan persekitaran perlu dijaga

Ketinggian bata perlu untuk mengelakkan ayam diganggu oleh jirannya.

Reban yang tinggi untuk mengelakkan ayam daripada cuaca yang panas

Suasana yang indah dipagi hari

Selesai reban no 2

Reban no 1

Yang nie untuk ibu dan anak  yg dalam pantang

Ibu ayam akan dilepaskan untuk kesihatan dan kecergasan anak dan ibu 

Terima kasih.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan