Homestay Pak Akob
Tel @ whatsup 0176703342/0176815698
Selesa Dan Murah
Kepada semua yang ingin bercuti di Melaka boleh lah menginap di Homestay kami yang terletak di Kampung Tangga Batu, yang diberi nama HOMESTAY PAK AKOB. Homestay kami berdekatan dengan kawasan popular di Melaka iaitu di Pantai Puteri dan Pantai Klebang.Bandar Melaka hanya 30minit perjalanan dari Homestay kami.Anda bole menikmati percutian anda dengan suasana kampung kerana tumbuhan hijau masih kekal di kampung kami.Walaupon begitu segala keperluan seperti restoran makanan dan juga kedai serbaneka ada berhampiran dengan homestay kami. Anda boleh melihat keindahan rumah kampung Melaka dan merasai sendiri keseronokan tinggal di kampung berbanding dengan kesibukan bandar.Pakej yang kami tawarkan agak murah berbanding homestay lain yang ada iaitu hanya rm150 sehari. Lihat la homestay yang baru dibina.SELESA DAN MURAH.
Kawasan yang luas untuk anda meletak kenderaan sesuai jika anda bercuti bersama-sama keluarga yang ramai
Keadaan di ruang tamu yang selesa dan dilengkapi dengan tv dan sofa.
Keluasan yang selesa dan kemas untuk anda bercuti
Bilik tidur yang dilengkapi dengan penyaman udara yang akan membuatkan anda merasai percutian yang selesa
Bilik tidur yang luas sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.bantal dan tilam akan diberi jika anda datang dengan jumlah yang ramai.
Kami juga menyediakan peti sejuk untuk anda menyimpan buah tangan sejuk beku untuk dibawa pulang.
Jadikan percutian anda sebuah memori yang tak dapat dilupakan.keselesaan anda keutamaan kami..
Kawasan yang strategik untuk anda bercuti kerana dekat dengan bandar dan juga pusat peranginan. Anda bole menghubungi nombor talifon diatas untuk mendapatkan location Homestay kami.
Kepada peminat ayam boleh berkunjung ke reban kami dan melihat sendiri ayam 100% ganoi vietnam di reban kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan